Kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Manchester City pada aksi final Piala FA tempoh hari telah membawa kelab tersebut ke Europa League 2024/25 meskipun menamatkan saingan liga dikedudukan kelapan.
Kejayaan itu pastinya menggembirakan para peminat The Red Devils selepas mengharungi musim yang penuh dengan kekecewaan.
Baca Juga:
Namun, terdapat masalah yang sedang dihadapi kelab tersebut untuk menyertai kejohanan tier kedua eropah itu kerana satu lagi kelab dimiliki oleh INEOS, OGC Nice turut mara ke Liga Europa.
Berdasarkan peraturan ditetapkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), dua kelab yang dimiliki oleh pemilik sama tidak dibenarkan berada dalam satu kejohanan.
Melihatkan kepada kedudukan dalam saingan liga, OGC menamatkan kempen di tempat kelima manakala Manchester United seperti ketahui hanya menghuni tangga kelapan.
Pada mulanya ia kelihatan tidak ada sebarang masalah untuk kedua-dua pasukan beraksi dalam Liga Europa musim hadapan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
