Site icon Kool FM

Ini Sebab Senegal Dan Iraq Masih Belum Tersingkir Walaupun Kalah Dua Kali Berturut-Turut

Iraq


Senegal dan Iraq masing-masing mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam aksi kumpulan I Piala Dunia 2026.

Senegal yang sebelum ini tunduk 1-3 kepada Perancis, tewas pula ditangan Norway 2-3 manakala Iraq pula tewas 1-4 kepada Norway dan pagi tadi dikecewakan Perancis dengan keputusan 0-3.

Dengan kekalahan besar yang dialami kedua-dua pasukan itu, ramai akan menganggap bahawa harapan Iraq dan Senegal untuk mara ke pusingan 32 sudah pun musnah.

Hal ini kerana dalam kebanyakan kumpulan Piala Dunia yang lain, keadaan itu memang benar dengan Haiti, Turkiye, Tunisia dan Jordan semuanya tersingkir selepas tewas dalam dua perlawanan pertama mereka.

Namun dalam Kumpulan I, keadaan ini tidak berlaku kerana kedua-dua Senegal dan Iraq masih mempunyai peluang untuk menempah tempat ke peringkat kalah mati pada malam Jumaat.

Ini kerana kedua-dua pasukan yang sedang bergelut itu akan bertemu sesama sendiri dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version