Juara dunia, Sepanyol bukan sahaja membawa pulang trofi paling berharga dalam sukan bola sepak itu buat kali kedua hasil kejayaan ke atas Argentina.
Malah ia turut membawa bersama keyakinan bahawa gelaran Piala Dunia ketiga mereka mungkin hadir dalam tempoh lebih singkat berbanding penantian 16 tahun sejak kali terakhir La Roja berada di puncak dunia.
Jelas terdapat momentum dalam kumpulan pemain ini selepas kejayaan menjuarai Kejohanan Eropah 2024 serta temasya Sukan Olimpik 2024.

Sepanyol Mampu Terus Dominasi Dunia
Dengan usia majoriti pemain yang masih muda, Sepanyol jelas memiliki ruang besar untuk terus berkembang selepas menunjukkan kematangan luar biasa apabila menundukkan Argentina dalam final yang didominasi mereka sebelum mengesahkan kemenangan pada masa tambahan.
Terdapat dua pemain remaja di atas podium kemenangan itu. Salah seorang daripadanya, Pau Cubarsi yang sebulan lalu mungkin bukan pilihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: