Langkah sementara Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menyebabkan kerugian sehingga RM800 juta kepada industri takaful, menurut Persatuan Takaful Malaysia (MTA).
Memetik Harian Metro, salah satu langkah sementara tersebut ialah Bank Negara Malaysia (BNM) mengehadkan kenaikan premium tahunan produk insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) kepada kurang daripada 10 peratus untuk sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi bagi tempoh tiga tahun akan datang.
Langkah kerajaan memberi kesan yang besar

Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd Radzuan Mohamed menjelaskan bahawa had tersebut, meskipun bertujuan membantu pemegang polisi dari segi kewangan, turut menimbulkan cabaran besar bagi industri takaful.
“Kami memahami kebimbangan orang ramai terhadap kenaikan premium, namun isu asasnya ialah peningkatan kos rawatan perubatan.
“Untuk menampung kos yang semakin meningkat ini, pelarasan premium adalah perlu,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: