Site icon Kool FM

Ini Senarai Kesalahan Yang Anda Kena Tahu

Kompaun Trafik Maksimum Naik RM500 Mulai 2029: Ini Senarai Kesalahan Yang Anda Kena Tahu


Kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan kadar maksimum kompaun baharu bagi kesalahan jalan raya daripada RM300 kepada RM500, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2029, petik Berita Harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan bahawa langkah tersebut—yang selaras dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)—bukanlah bertujuan untuk membebankan rakyat atau menambah kantung pendapatan kerajaan, sebaliknya demi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang.

“Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini hanya menaikkan had maksimum tawaran kompaun.

“Kadar sebenar masih tertakluk kepada jenis, tahap keseriusan dan tempoh penyelesaian kompaun. Kesalahan sama, tetapi hukuman disemak semula supaya kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan lebih berkesan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version