Kebiasaanya, bila meminta anak menulis pasti tidak lama kerana jari mereka cepat lenguh dan membuatkan si anak tidak berminat untuk mencubanya lagi. Menurut beliau, anak-anak tidak boleh dipaksa untuk memegang pensel jika keadaan jari mereka masih lemah kerana akan membuatkan mereka hilang minat untuk membuat kerja sekolah.
Sebenarnya, sebelum ibu bapa meminta anak menulis, mereka perlu menguatkan otot jari terlebih dahulu dengan melakukan beberapa aktiviti di bawah seperti perkongsian Puan Wawa Shauqi di laman Facebooknya.
Baca juga: [VIDEO] Doktor Kongsi Tips Elak Anak Kuat Melekat & Menangis Bila Mak Ayah Hilang
SENARAI MAINAN BOLEH KUATKAN JARI ANAK, BARU TAK CEPAT LENGUH BILA MENULIS

Kenapa anak cepat penat bila menulis? Boleh jadi sebab otot jarinya lemah. Kalau nak merasa struggle anak kita nak menulis, cuba kita paksa diri tulis jawi guna tangan kiri. Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa.
Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: