Pusingan pertama kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan kejutan dilakarkan dengan beberapa pemain pilihan ditunjukkan jalan keluar daripada persaingan.
Kejutan terbesar pastinya terarah kepada kejayaan pasangan Chinese Taipei, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin menundukkan gandingan nombor satu dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen menerusi aksi ‘rubber set’.
Baca Juga:
Hsiang Chieh-Chi-Lin yang kini menghuni ranking ke-35 dunia itu beraksi cemerlang untuk menang ke atas lawan dari Denmark itu dengan jurang 21-16, 18-21, 22-20.
Nasib malang turut menimpa pasangan Malaysia yang berada ranking ketiga dunia acara beregu lelaki iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani selepas mereka tewas kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard juga menerusi ‘rubber set’.
Sementara itu, He Ji Ting-Ren Xuang yang diletakkan sebagai pilihan keenam dikecewakan oleh pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy 21-23, 21-19,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
