
Spesis ikan baharu telah dinamakan secara rasmi sebagai Vanderhorstia Supersaiyan. Nama ini diberikan sebagai penghormatan, atau merujuk, kepada transformasi watak Goku menjadi Super Saiyan daripada siri animasi popular, Dragon Ball Z.
Detik Goku bertukar menjadi Super Saiyan semasa pertarungannya dengan Frieza merupakan salah satu momen yang paling ikonik dan terkenal dalam sejarah anime
Kini, aura keemasan yang muncul pada watak tersebut telah memberikan inspirasi untuk penamaan hidupan laut yang sebenar.
Jalur-jalur sirip ikan gobi (spesis ikan ini) yang berwarna kuning terang serta-merta mengingatkan para penyelidik kepada peningkatan kuasa bercahaya dalam siri anime tersebut.
Hal ini mendorong mereka untuk memberikan nama saintifik yang diilhamkan oleh anime, yang dianggap antara yang paling unik pernah direkodkan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: