Site icon Kool FM

Ini Statistik Di Sebalik Keputusan PRN Negeri Sembilan 2026

PRN Negeri Sembilan 2026


Kerjasama baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mengubah landskap politik Negeri Sembilan apabila gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Negeri Sembilan 2026.

BN muncul sebagai parti terbesar dengan 18 kerusi manakala PN menyumbang tujuh kerusi sekali gus membolehkan gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga.

Kemenangan tersebut turut menyaksikan ADUN Juasseh, Datuk Ismail Lasim dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk mengetuai pentadbiran negeri.

PRN kali ini turut menghadirkan beberapa keputusan mengejutkan apabila Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook tewas di DUN Chennah kepada calon BN, Siow Kong Choon.

Usaha bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version