Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ini Yang Diusahakan Harry Kane Hingga Menyebabkan Kekayaannya Meningkat Dengan Ketara

today30 December 2024

Background
Harry Kane


Penyerang skuad kebangsaan England dan Bayern Munich, Harry Kane bukan sahaja memiliki naluri pemusnah yang hebat dalam merobek gawang pasukan lawan.

Malah, kekayaan pemain berusia 31 tahun itu dikatakan semakin menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh satu tahun.

Baca Juga:

Menurut laporan beberapa media luar negara, kekayaan Kane pada awal tahun dikatakan bernilai £75 juta (kira-kira RM421,674,707.76).

Namun, angka tersebut telah meningkat dengan cukup ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan perjanjian penajaan diterimanya.

Hanya dalam tempoh masa setahun, kekayaan Harry Kane sudah meningkat kepada £91 juta (RM511,293,864.21).

Seperti yang dilaporkan oleh Goal, Kane telah memperoleh £10.8 juta melalui perjanjian penajaan yang diuruskan oleh firma hak imejnya.

Selain itu, beliau menerima kira-kira £400,000 seminggu gaji di Bayern Munich, manakala nilai firma hartanahnya telah meningkat sebanyak £2 juta kepada £15…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post