
Futsal Indonesia kini bukan sekadar peserta dalam arena serantau, malah semakin menjadi kuasa yang disegani di Asia Tenggara.
Dalam tempoh dua tahun terakhir, pasukan lelaki, wanita, dan remaja negara ini telah mencatat kejayaan gemilang yang jarang dilihat sebelum ini.
Dari menjuarai Piala AFF 2024 hingga meraih pingat emas di Sukan SEA 2025, prestasi mereka menunjukkan bahawa futsal Indonesia sedang menapak di landasan yang betul untuk terus mendominasi benua ASEAN.
Kejayaan manis itu turut dapat dirasai skuad remaja mereka yang muncul juara Futsal B-16 ASEAN dan naib juara Futsal B-19 ASEAN dan pingat perak Sukan SEA 2025 bagi skuad wanita.
Apa yang menarik, kejayaan ini bukan berlaku secara tiba-tiba. Di sebalik setiap jaringan gol dan kemenangan, terdapat sistem pembangunan yang mantap, liga profesional yang kompetitif, dan sokongan padu dari Federasi Futsal Indonesia (FFI) yang menjadi tonggak utama kejayaan ini.
Tidak hairanlah, ramai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
