PETALING JAYA – Platform e-dagang, Shopee memperkenalkan inisiatif eDuit yang memberi kredit dan baucar bernilai RM100 buat pengguna baharu platform berkenaan dan e-dompet ShopeePay.
Penerima eDuit bakal memperoleh kredit ShopeePay bernilai RM25 selepas mengaktifkan akaun ShopeePay mereka, baucar alu-aluan RM15 untuk pembelian pertama di Shopee dan baucar ShopeePay bernilai RM60 untuk pembelian di kedai luar talian yang mengambil bahagian.
Ia terhad buat kumpulan yang tidak pernah membuat pembelian di Shopee dan penerima diberi tempoh sehingga tujuh hari untuk menggunakan kredit ShopeePay percuma mereka serta sehingga 14 hari untuk memanfaatkan baucar luar talian.
Ketua Pegawai Operasi Shopee, Terence Pang berkata, usaha berkenaan sejajar dengan agenda digital Malaysia yang bertujuan mendorong digitalisasi dalam sektor peruncitan melalui e-dagang serta transaksi tanpa sentuh.

“Dengan manfaat eDuit dan tawaran menarik 9.9 Hari Pembelian Hebat, rakan-rakan niaga atas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: