PETALING JAYA – Sime Darby Swedish Auto telah memeterai kerjasama dengan Kota Permai Golf Country Club (KPGCC) dan juga dengan Volvo Car Malaysia sebagai penaja kereta rasmi untuk inisiatif syarikat membawakan pengalaman menaiki kenderaan elektrik (EV) di negara ini.
Melalui kerjasama tersebut, ahli KPGCC akan dapat memanfaatkan penggunaan infrastruktur pengecas EV dan mengembangkan kemudahan kenderaan tersebut selaras dengan matlamat kelestarian Volvo dalam usahanya menawarkan rangkaian kenderaan elektrik penuh menjelang 2030 dan menjadi pengeluar kereta neutral iklim menjelang 2040.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, dua unit stesen pengecas 22kW AC percuma akan ditempatkan secara strategik di KPGCC selain daripada peragaan model-model Volvo yang terkini.
Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, kerjasama dengan KPGCC ini juga akan membolehkan pihaknya memanfaatkan peluang baharu untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
