PETALING JAYA – Innov8tif Holdings Sdn. Bhd. (Innov8tif Holdings) telah mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian jaminan ID digital terbesar di negara ini dengan penguasaan pasaran sehingga 70 peratus.
Ini dilaksanakan melalui inisiatif anak syarikatnya, Innov8tif Solutions Sdn. Bhd. (Innov8tif Solutions) dan juga pemilikan terbaharu yang dilaksanakan untuk mengukuhkan pasaran Innov8tif Group, mengembangkan asas pelanggan dan juga meluaskan tawaran penyelesaian digital ID.
Selain itu, Innov8tif Solutions telah bekerjasama dengan rakan teknologinya, Skyelimit Sdn. Bhd. (Skyelimit) untuk menyediakan perkhidmatan elektronik kenal perniagaan anda (e-KYB) yang mana ia berpotensi untuk menjadi penyedia perkhidmatan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Innov8tif Holdings, George Lee berkata, permintaan terhadap penyelesaian digital ID di negara terus berkembang dan Kumpulan adalah yang terbesar menyediakan penyelesaian dalam bidang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: