
PETALING JAYA – Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), anak syarikat Sime Darby Berhad (Sime) mencatat satu lagi pencapaian penting dengan pelancaran kemudahan pengecatan baharu, Paint Shop 3 (PS3) di Kulim, yang melibatkan pelaburan bernilai RM300 juta.
Dibina dan dikendalikan sepenuhnya oleh tenaga kerja Malaysia, PS3 mencerminkan keyakinan Sime terhadap industri automotif serantau dan keupayaan tenaga kerja tempatan.
Berdasarkan operasi dua syif, kemudahan ini direka untuk menyokong pengeluaran sehingga 50,000 badan kenderaan bercat setahun pada kadar 15 unit sejam, selain mempunyai keupayaan mengecat komponen plastik.
Dengan penambahan PS3, jumlah kapasiti gabungan kemudahan pengecatan di Inokom kini meningkat kepada 100,000 badan kenderaan bercat setahun, menawarkan fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah pengeluaran serta memenuhi keperluan masa depan.
Pengarah Urusan Perniagaan Pemasangan dan Strategik Sime Motors, kata Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, PS3 merupakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: