Kool FM

Inokom pemacu utama segmen automotif bagi Sime


PETALING JAYA – Selama hampir tiga dekad, Inokom Corporation Sdn Bhd (Inokom)
melangkah maju untuk menjadi salah sebuah syarikat pemasangan automotif kontrak yang terkemuka di Malaysia, dan diyakini jenama-jenama automotif global kerana telah mencapai tahap piawaian yang tinggi secara konsisten.

Kemudahan operasinya yang seluas 80 hektar di Kulim, Kedah yang terletak di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) kini, berdiri teguh sebagai tunggak penting perniagaan Automotif bagi Sime Darby Berhad (Sime).

Sepanjang tahun 2021 hingga 2025, jumlah pengeluaran telah meningkat dengan
ketara, daripada 20,500 unit pada 2021 kepada lebih 31,800 unit pada 2025.

Malah dalam tempoh tersebut juga, syarikat telah mengeksport sebanyak lebih 24,500 unit ke pasaran serantau, sekaligus menempa nama sebagai salah satu pengeksport automotif terbesar di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, Inokom membuktikan keupayaan yang boleh dicapai oleh…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version