PUTRAJAYA – Susulan kejayaan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan, Wardah yang mula berada di pasaran Malaysia sejak lima tahun lalu, PT Paragon Technology and Innovation (Paragon) memperkenalkan rangkaian produk khusus untuk kaum elaki sebagai usaha syarikat mengukuhkan penguasaan pasarannya di negara ini.
Produk keluaran syarikat dari negara jiran, Indonesia itu optimis terhadap jenama Kahf bakal mendapat tempat dalam kalangan kaum lelaki berusia lebih 18 tahun itu melalui 10 unit simpanan stok (SKU) .
Ia terdiri daripada tiga kategori produk iaitu penjagaan kulit yang mewakili pencuci muka dan pelembap pelindung matahari.
Segmen lain yang diperkenalkan juga adalah minyak wangi dengan menawarkan empat varian wangian yang diinspirasikan daripada alam semula jadi dan juga produk penjagaan janggut dan rambut.

Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan berkata, produk terbaharu Kahf yang dijual di bawah RM50 seunit itu telah mula berada di pasaran Malaysia pada awal bulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
