PETALING JAYA – Hasil inovasi syarikat Palm Fiber memproses batang kelapa sawit yang telah ditebang untuk dijadikan produk hiliran lain telah membuahkan hasil apabila syarikat telah diiktiraf dan terpilih memenangi Anugerah Enterprise E50 tahun 2022.
Syarikat Palm Fiber yang beroperasi di Seri Kembangan itu telah menggunakan teknologi moden untuk memproses batang kelapa sawit bagi mendapatkan serat daripada batang pokok komoditi bernilai itu menjadi makanan tambahan dan bahan campuran produk bukan makanan.
Pengarah Urusannya, Mohd. Suhaidi Jaapar berkata, penyelidikan terhadap batang kelapa sawit telah dimulakan sejak tahun 2014 untuk memfokuskan kepada segmen produk hiliran.
“Buat masa ini, sangat sedikit kajian terhadap kelebihan batang kelapa sawit, oleh itu, kami telah menjalankan penyelidikan dan kerjasama dengan Fakulti Bioproses Kejuruteraan (Foberg) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor yang diketuai oleh penyelidiknya, Dr. Ida Idayu Muhammad,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
