
Kumpulan band popular, Insomniacks kini melancarkan single terbaharu berjudul ‘Bersuara’ kolaborasi bersama Yonnyboii.
Artikel Berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’


Lagu ini membawa kelainan dengan muzik yang lebih berat dan agresif, berbeza daripada lagu-lagu balada yang sering dibawakan oleh Insomniacks sebelum ini.
Menurut Yonnyboii, karya ini dihasilkan sebagai simbol keberanian untuk melawan isu buli serta penindasan.
Lagu ni terhasil bila saya rasa saya tak didengari oleh sekelompok orang.’
Jadi saya buat lagu ni sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang apa-apa kesusahan yang saya lalui.
Yonnyboii yang menulis bahagian hook lagu ini turut menunjukkan sisi berbeza dengan membawakan vokal bergenre rock alternatif berbanding gaya rap biasanya.
Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap.’
Jadi bila masuk ke genre rock ni, saya rasa lebih selesa. Untuk saya, ini ‘fresh start’…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: