Namun begitu, pengasasnya, Ghibli Hayao Miyazaki memberi kritikan terhadap trend AI yang semakin tular di internet itu.
Menerusi sebuah video lama di laman aplikasi X, pembuat filem yang terkenal dengan karya agung seperti Spirited Away dan My Neighbor Totoro itu menyatakan pandangannya tentang AI dan berpendapat ia tidak akan memahami perasaan sebenar manusia.
Video itu menunjukkan sekumpulan animator dan pereka mempersembahkan penerbit Studio Ghibli Toshio Suzuki dan Miyazaki dengan ciptaan mesin AI yang boleh menghidupkan imej.
Imej animasi itu kelihatan seperti zombi yang mengerikan dan mereka menjelaskan bahawa AI boleh menghasilkan pergerakan yang aneh serta luar biasa melebihi apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.
Tidak terkesan dengan penjelasan dan imej animasi itu, Miyazaki seperti tidak gembira melihatnya dan berkata imej animasi AI itu mengingatkannya kepada perjuangan rakannya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
