Liga Major Amerika Syarikat (MLS) menggantung bintang dunia Lionel Messi dan rakan sepasukannya Jordi Alba selama satu perlawanan selepas mereka gagal menghadiri perlawanan MLS All-Star yang berlangsung di Austin, Texas pada 25 Julai lalu.
Kedua-dua pemain didakwa tidak memberikan sebab perubatan yang sah atas ketidakhadiran mereka, seperti yang ditetapkan dalam peraturan liga.

Menurut peraturan MLS, mana-mana pemain yang dipilih untuk aksi All-Star tetapi gagal hadir tanpa alasan sah akan digantung daripada perlawanan kelab seterusnya. Akibatnya, Messi dan Alba dilarang daripada turun dalam aksi penting menentang FC Cincinnati yang berakhir dengan keputusan seri 0-0.
Pemilik bersama Inter Miami, Jorge Mas, meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadilan liga, menyifatkan tindakan itu sebagai “draconian” (kejam)…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
