Site icon Kool FM

Inti University labur RM2 juta naik taraf pusat media


PETALING JAYA – Inti International University (Inti University) telah melancarkan pusat media yang telah dinaik taraf hasil pelaburan kira-kira RM2 juta dalam penyediaan ruang produksi, sistem teknikal serta peralatan profesional bagi memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran program Komunikasi Massa.

Pusat Media itu menyokong program Komunikasi Massa di bawah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi dengan menyediakan akses kepada pelbagai kemudahan untuk produksi televisyen, pembikinan filem, fotografi, radio, podcast, produksi audio dan penstriman langsung.

Kerja-kerja naik taraf merangkumi studio, bilik kawalan produksi, studio podcast dan suite penyuntingan, selain penambahbaikan terhadap sistem pencahayaan, elektrik dan rangkaian, rawatan akustik serta perabot.

Peralatan profesional turut ditambah bagi menyokong pelbagai peringkat produksi media. Pusat berkenaan kini dilengkapi studio produksi televisyen yang dilengkapi kamera berteknologi tinggi, bilik kawalan produksi,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version