PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 41 peratus kepada RM3.06 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Jun 2026 (9M FY2026), berbanding RM2.17 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
Pertumbuhan kukuh itu didorong oleh prestasi mantap kesemua tiga segmen utama iaitu pembangunan hartanah, pelaburan hartanah serta hospitaliti dan rekreasi yang masing-masing melonjak 28 peratus, 41 peratus dan 83 peratus.
Keuntungan sebelum cukai (PBT) melonjak lebih empat kali ganda kepada RM1.95 bilion berbanding RM430.9 juta tahun lalu.
Lonjakan itu sebahagian besarnya disumbang oleh keuntungan penilaian semula hartanah pelaburan sebanyak RM567.1 juta serta keuntungan pengukuran semula projek South Beach bernilai RM502.8 juta.
Tanpa faktor luar biasa tersebut, PBT asas kumpulan tetap meningkat 88 peratus kepada RM878.6 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Lee Yeow Seng berkata, pencapaian itu membuktikan strategi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: