Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

IOIPG rekod hasil 9 bulan RM2.16 bilion

today30 May 2024

Background


PETALING JAYA – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mengumumkan hasil berjumlah RM2.16 billion untuk tempoh sembilan bulan tahun kewangan 2024 berakhir 31 Mac lalu.

Prestasi tersebut disumbangkan keputusan kukuh merentasi semua segmen perniagaan IOIPG, sebahagian daripadanya didorong penjualan tanah di Johor bernilai RM211.1 juta.

Segmen pelaburan hartanah mengekalkan prestasi cemerlang dengan pertumbuhan 21 peratus, manakala segmen hospitaliti dan riadah meningkat 13 peratus didorong sumbangan Moxy Putrajaya, hotel 480 bilik yang dibuka sebelum Tahun Baru Cina dan W Kuala Lumpur, hotel 150 bilik yang memasuki Kumpulan pada Februari lalu.

Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) menurun 50 peratus berbanding tempoh sama tahun kewangan 2023 kepada RM658.7 juta, daripada RM1.32 bilion.

Bagaimanapun selepas mengecualikan keuntungan nilai saksama, pembalikan inventori diturunkan nilai dan kerugian rosot nilai, PBT asas pada sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 adalah berjumlah RM688.5…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post