
PETALING JAYA – Eckem Holdings Berhad (Eckem) penyedia penyelesaian kimia perindustrian khusus di Malaysia, yang juga menjalankan pembuatan dan perdagangan produk getah, mengumumkan bahawa bahagian awam Tawaran Awam Permulaannya (IPO) telah terlebih langgan sebanyak 8.09 kali.
Ini menunjukkan minat pelabur yang kukuh dan sentimen pasaran yang positif terhadap pertumbuhan masa depan Kumpulan.
IPO Eckem terdiri daripada terbitan awam sebanyak 125.00 juta saham biasa baharu (saham terbitan) dan tawaran jualan sebanyak 62.50 juta saham sedia ada (saham tawaran).
Kumpulan menerima sejumlah 5,152 permohonan untuk 284,033,700 saham terbitan daripada orang awam , mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 8.09 kali.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,645 permohonan untuk 81,874,300 saham terbitan telah diterima di bawah bahagian awam bumiputera (lebihan langganan sebanyak 4.24 kali), manakala baki 3,507 permohonan untuk 202,159,400 saham terbitan di bawah bahagian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: