PETALING JAYA – Tawaran Awam Awal (IPO) SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) bersempena penyenaraiannya ke Bursa Malaysia telah terlebih langganan sebanyak 1.19 kali.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, syarikat telah menerima sebanyak 3,378 permohonan daripada 59,488,900 saham dari umum dalam tempoah enam hari bekerja bagi 50 juta terbitan saham awam yang diperuntukkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Daripada 1,644 permohonan pula, sebanyak 30,783,300 saham telah diterima daripada pelabur bumiputera yang mewakili sebanyak 1.23 kali lebihan langganan.
“Bagi baki peruntukan untuk umum, sebanyak 1,734 permohonan untuk 28,705,600 saham telah diterima dan ia mewakili sebanyak 1.15 kali lebihan langganan,” katanya.
IPO Skywords melibatkan terbitan awam sebanyak 208 juta saham baharu dan sebanyak 192 juta saham sedia ada dijual pada harga 80 sen sesaham.
Tawaran runcit adalah sebanyak 75 juta saham mewakili 7.5 peratus daripada terbitan saham diperkembangkan yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: