Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

IPRM aktif perkasa profesional PR untuk penuhi keperluan masa depan

today18 December 2024

Background


Kuala Lumpur – Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) optimis untuk memperkukuhkan lagi masa depan perhubungan awam (PR) di negara ini melalui penambahan lima universiti baharu kepada Persatuan Pelajar Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRMSA).

Ini bertujuan untuk meluaskan jangkauannya bagi memperkasa generasi profesional PR pada masa depan.

Lima universiti tersebut adalah Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Xiamen Universiti Malaysia dan Management and Science University (MSU).

Pengarah Bersekutu Pendidikan IPRM, Profesor Dr Nurul Ain Mohd. Hasan berkata, pihaknya mengalu-alukan bahagian baharu ini ke dalam rangkaian IPRMSA.

Ini turut disusuli dengan perkongsian terbaharu institut tersebut memeterai kerjasama dengan Persatuan Pendidik Komunikasi Malaysia (MACE).

“Inisiatif ini menekankan komitmen kami untuk memupuk bakat, mempromosikan kecemerlangan dalam pendidikan perhubungan awam dan memacu masa depan industri yang cerah,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Sukan

Tunku Ismail jumpa bos Fifa

Kuala Lumpur: Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ternyata komited membawa bola sepak negara ke peringkat lebih tertinggi apabila mengadakan pertemuan bersama Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Gianni Infantino.

today18 December 2024