Site icon Kool FM

Iran Mudah Atasi Thailand, Tempah Aksi Final Menentang Jepun

Iran Thailand


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Iran semakin menghampiri kejuaraan ke-13 apabila mara ke final Piala Asia Futsal 2022 selepas tidak berdepan bermasalah menundukkan Thailand 5-0 pada aksi separuh akhir yang di Dewan Saad Al Abdullah, Kuwait awal pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Menanti pasukan rangking keenam dunia itu ialah Jepun dimana ia bakal mengulangi pertemuan final 2018 di Chinese Taipei yang menyaksikan Iran menang 4-0.

Skuad kendalian Vahid Shamsaei tidak perlu menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila penjaring terbanyak kejohanan, Hossein Tayebi terus cemerlang merobek gawang lawan pada minit pertama.

Menerima bola hasil lontaran jauh penjaga gol, Saeid Momeni, Tayebu yang merupakan antara pemain terbaik dunia pada ketika ini dengan tenang melakukan dadaan dan kemudiannya menyudahkan peluang untuk membolosi Katawut Hankampa.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat babak pertama dan aksi pada 20 minit seterusnya menyaksikan Iran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version