Kekasih kepada pelakon, Ben Amir iaitu Maiya menzahirkan penghargaan kepada aktor, Adam Corrie yang memberi pandangan berhubung sikap segelintir individu yang mengecam dan menjatuhkan hukum terhadap mualaf.
Artikel Berkaitan: Adam Corrie Respon Isu Kekasih Ben Amir Diserang Netizen Kerana Penampilan – ‘Mualaf Sedang Bertatih & Cari Kekuatan’
‘Islam penuh kasih sayang’

Maiya yang memeluk Islam sekitar awal November lalu berkata, dirinya masih dalam proses untuk menyesuaikan diri sebagai saudara muslim yang baharu.
Betul sangat. Terima kasih atas peringatan ini. Sebagai saudara baru, saya juga masih belajar perlahan-lahan.
Kadang-kadang tekanan dan kritikan terasa berat, tetapi kata-kata seperti ini benar-benar membantu.
Maiya berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di platform Threads miliknya.
Tambah Maiya, dia percaya Islam sebuah agama penuh dengan adab dan yakin Allah akan menuntun hatinya sehingga dia menjadi insan yang lebih baik.
Islam sepatutnya lembut, penuh kasih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: