PETALING JAYA – Perintis pelayaran persiaran Islamik di dunia, IslamiCruise International Sdn Bhd (IslamiCruise International) menyasarkan kemasukan kira-kira 6,000 pelancong ke negara ini menjelang tahun hadapan.
Pengasas IslamiCruise International, Suhaimi Abd Ghafer berkata, sasaran itu hasil kerjasama pelayaran dua hala antara IslamiCruise bersama syarikat kapal pelayaran milik kerajaan Arab Saudi, Aroya Cruises.
Jelasnya, kerjasama itu juga membantu menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Sebagai pemain industri pelancongan Islamik di Malaysia dan dunia, kami yakin keunikan dan keistimewaan yang ada mampu memasarkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang mesra-Muslim.
“Ia terutamanya kepada pelancong-pelancong dari Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah, serta pelancong-pelancong dari Eropah dan Asia Tenggara.” katanya dalam Majlis Pelancaran IslamiCruise Malaysia-Saudia hari ini yang disaksikan Timbalan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: