Tanggal 13 April merupakan tarikh ulangtahun kelahiran buat penyanyi, Ismail Izzani, atau lebih mesra dipanggil Ismail atau Mael. Tahun ini, tarikh tersebut jatuh pada hari pertama berpuasa jadi dapatlah Mael sambut hari jadi sekali dengan sambutan sempena bermulanya Ramadan.
Bagi yang tidak tahu, Ismail Izzani merupakan anak bongsu kepada penyanyi popular tahun 80-an iaitu Datin Suliza Salam. Ismail mula menceburi industri musik sejak dia berusia 16 tahun lagi. Bermula dari akar umbi, Ismail kini boleh dikatakan sudah mempunyai nama di dalam industri. Lagu-lagu yang dikeluarkan sering kali hits terutama di kalangaan anak muda.
Baca juga: “Memang Layak..” – Awie dan AG Terima Anugerah Di Malaysia Prestigious Industry Awards
Melangkah ke usia 21 tahun, Ismail kini tampak lebih matang bukan sahaja daripada penampilan dan gaya yang ditonjolkan malah ia juga dapat didengari melalui alunan musik baharu yang dibawa.
Melalui posting terbaru yang dikongsi Ismail, dia mengucapkan selamat ulangtahun buat dirinya dan teruja untuk menempuh masa hadapan yang lebih baik.

Boleh dilihat melalui ruangan komen posting tersebut, rata-rata rakan artis serta pengikut-pengikutnya membanjiri ruangan tersebut dengan ucapan hari jadi yang disertai dengan titipan doa yang baik buat artis kesayangan mereka ini. Ismail Izzani kini mempunyai seramai 1.9 juta pengikut di Instagram.
Kita doakan yang terbaik buat Ismail Izzani dan Selamat Hari Jadi yang ke-21 tahun Mael!
Baca juga: Tersadung Semasa Menyanyi Live – Ifa Raziah Bersyukur Tiada Yang Mentertawakannya
Sumber: Ismail Izzani