Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Israel telah meminta bantuan kecemasan daripada Amerika Syarikat (AS) sebanyak AS$10 bilion (RM47 bilion) bagi menampung misi ketenteraan, lapor The New York Times.
Artikel Berkaitan:
Laporan itu berkata pakej bantuan itu kini sedang disusun dalam rang undang-undang oleh Kongres dengan penyelarasan akan dibuat oleh Rumah Putih.
Rang undang-undang itu termasuk dana yang diminta oleh pentadbiran Biden untuk Ukraine, Taiwan dan sempadan AS-Mexico, kata akhbar itu.
Ketua Majoriti Senat Chuck Schumer berkata semasa lawatan ke Israel, AS telah berbincang untuk menguatkan ketenteraan Israel dengan peluru 155 milimeter, peluru gantian untuk sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome, bom berpandu ketepatan dan kit JDAM.
Israel kini telah melancarkan kempen udara besar-besaran di Semenanjung Gaza berikutan serangan oleh kumpulan Hamas, menyebabkan lebih 1 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut Agensi Bantuan dan Kerja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: