Bekas suami penyanyi yang juga ahli perniagaan dihukum penjara tiga bulan dan denda RM2,000 di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, selepas didapati bersalah memukul isterinya.
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Reduan Mahamood, 58, yang mengaku bersalah.
Baca juga: Apakah Itu Inflasi? Ini Kesannya Kepada Rakyat Malaysia
TERTUDUH BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 3 BULAN & DENDA 2,000

Gambar: Hazreen Mohamad – Harian Metro.
Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan tambahan hukuman penjara selama sebulan.
Nik Siti Norazlini dalam hujahnya turut menasihati tertuduh dan mengharapkan hukuman itu dapat memberi pengajaran kepadanya.
“Seorang isteri adalah pendamping bukannya ‘punching bag’. Saya harap hukuman ini dapat memberi pengajaran kepada kamu. Jangan buat lagi pada anak, isteri dan kepada sesiapa sekali pun,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
