Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Faisal Halim Fail Cerai Lepas 6 Tahun Kahwin

today2 September 2025

Background
Rumah Tangga Retak, Isteri Faisal Halim Didakwa Fail Cerai?


Selepas enam tahun mendirikan rumah tangga, isteri kepada pemain bola sepak Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril didakwa telah mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak’

Isteri Faisal Halim fail cerai?

Memetik laporan Mstar, nama pasangan itu dipercayai tersenarai untuk sebutan kes pada Selasa berdasarkan jadual harian yang dipaparkan di papan maklumat di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Difahamkan, prosiding berhubung permohonan cerai tersebut berlangsung sekitar jam 2.30 petang dan dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, Faisal atau lebih dikenali dengan panggilan Mickey mendirikan rumah tangga bersama Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. 

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Khalish Aryan.

Sumber: Mstar

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahira


Previous post