Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isteri Leka Main ‘Games’ Hingga Abai Tanggungjawab, Suami Buntu ‘Adakah Roblox Boleh Jadi Punca Cerai?’

today21 February 2026

Background
Isteri Leka Main 'Games' Hingga Abai Tanggungjawab, Suami Buntu 'Adakah Roblox Boleh Jadi Punca Cerai?'


Dalam kehidupan berumah tangga, kesetiaan sering diuji dengan pelbagai cara. Ada yang diuji dengan kemiskinan, ada yang diuji dengan kehadiran orang ketiga.

Namun, bagi seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang memegang jawatan pengurus di sebuah syarikat public listed, ujiannya hadir dalam bentuk yang cukup tidak disangka iaitu permainan video Roblox.

Dengan pendapatan bulanan mencecah RM9,000 dan bonus tahunan yang lumayan, lelaki ini merupakan seorang provider (penyedia) yang dedikasi. Dia memenuhi segala keinginan isteri dengan harapan mahligai yang dibina selama tiga tahun itu terus bahagia.

Isteri Leka Main 'Games' Hingga Abai Tanggungjawab, Suami Buntu 'Adakah Roblox Boleh Jadi Punca Cerai?'
Sumber Gambar: Tynker

Namun, segalanya mula berubah sejak awal tahun lalu apabila sang isteri mula terjebak dengan dunia Roblox.

Apa yang bermula sebagai hobi mengisi masa lapang sebagai suri rumah, lama-kelamaan bertukar menjadi sebuah obsesi yang membimbangkan.

Perubahan ini bukan sekadar pada minat, tetapi melibatkan tanggungjawab dan emosi. Keadaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post