Seorang lelaki berusia 39 tahun telah diberkas oleh pihak polis selepas disyaki terlibat dalam kes kekerasan rumah tangga.
Kejadian berlaku di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada Sabtu lalu.
Menurut Sinar Harian, suspek dipercayai telah memukul, mencekik, dan menolak isterinya ke dalam gaung dalam kekerasan rumah tangga yang mengejutkan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood, menyatakan bahawa kejadian ini bermula dengan pertengkaran mulut antara pasangan tersebut.
Mangsa, seorang wanita berusia 32 tahun, berjaya diselamatkan oleh orang awam setelah ditemui berseorangan di tepi jalan sekitar jam 2 petang.
“Siasatan mendapati mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan merangkak naik dari gaung ke bahu jalan,” kata Zulkifli dalam kenyataan pada Khamis.
Insiden bermula pada petang Jumaat sekitar jam 5.30 petang apabila suspek membawa mangsa menaiki kenderaan dari tempat kerja mereka di Kuala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: