Manakala, anak lelaki sulung pasangan itu berusia enam tahun.
Menurut wanita itu lagi, Faizal seorang suami yang baik dan mereka tidak mempunyai sebarang perselisihan faham sebelum kehilangan lelaki berkenaan.
“Dia juga bapa yang sangat penyayang dan rapat dengan anak sulung. Sekarang anak kami kerap menangis kerana rindukan bapanya.
“Biasanya dia akan menelefon saya jika telefon bimbitnya bermasalah atau habis bateri, tetapi kali ini terakhir saya dapat bercakap dengan dia hanya pada jam 8.30 malam 16 Ogos lalu, itu pun hanya perbualan biasa, tak ada yang pelik.
“Kali terakhir, dia keluar menunggang motosikal Ego Avantiz bernombor plat DDU4787,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: