Tindakan lelaki berkenaan mengundang padah apabila wanita itu bertindak untuk memotong kemaluannya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah mereka di Kecamatan Bayung Lencir, Sumatera Selatan.
Menurut sumber, insiden itu bermula apabila mangsa mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin lagi tanpa pengetahuan isterinya. Perkara tersebut membawa kepada pertelingkahan mulut yang panjang.
“Pada malam itu saya minta dia ceraikan saya atau dia ceraikan isteri mudanya, tetapi dia tidak mahu kerana madu saya itu sedang mengandung.
“Selepas itu, saya terima sahaja kerana memikirkan nasib tiga anak saya jika diceraikan, kemudian suami meminta saya menelefon wanita itu dan saya lakukan dan maklumkan kepadanya bahawa saya merestui hubungan mereka,” katanya.
Tambah wanita berkenaan, selepas bangun dan solat Subuh dia kemudiannya menangis dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa suaminya berkahwin lagi.
“Saya secara spontan mengambil alat pemotong, kemudian mengerat kemaluannya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: