Site icon Kool FM

Isteri Tenang ‘Kantoi’ Kecurangan Suami Dengan Kekasih Lain, Beritahu Dirinya Bujang


Menerusi video tersebut, kelihatan seorang isteri berkongsi situasi selepas dia berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang.

Difahamkan, dia sudah mengumpul beberapa bukti kecurangan suaminya itu sebelum menerjah mereka berdua di dalam sebuah pusat beli-belah.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah walaupun dia tahu akan kecurangan suaminya, namun isterinya itu tetap bertindak dengan tenang dan tidak marah-marah. Mungkin juga kerana mereka berada di tempat awam.

Isterinya itu dan rakannya kemudian ‘menyoal siasat’ wanita yang curang bersama suaminya sambil bertanyakan beberapa soalan.

Kata wanita itu, lelaki berkenaan mengaku dirinya adalah bujang. Malah, dia juga tidak mengetahui yang sebenarnya lelaki itu sudah pun berkahwin. Namun, isterinya tidak memarahi wanita berkenaan kerana dia tidak tahu akan status suaminya itu.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version