Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak untuk menerima keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan tidak seharusnya berasa tidak berpuas hati jika keputusan ini tidak mengikut kehendak mereka, lapor Berita Harian. Kenyataan ini hadir selepas SC mengumumkan bahawa tidak ada kes terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung akaun dagangan miliknya.
“Hari ini SC juga sudah mengeluarkan kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadapnya (Azam), jadi kita terimalah keputusan SC. Jangan kita minta dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat kita masih tidak berpuas hati. Kalau pembangkang rasa mesti ikut kehendak pembangkang, tidak boleh… dia kena terimalah keputusan daripada badan profesional seperti SC contohnya. Jadi, kalau ada apa-apa nak tanya mengenai keputusan SC, pergi tanya SC,” katanya seperti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: