Site icon Kool FM

Isu Buka Tudung, Nelydia Senrose Masih Mencuba Menjadi Manusia Lebih Baik


Pelakon popular Nelydia Senrose akhirnya membuka suaranya berkenaan isu dia membuka tudungnya.

Sebelum ini netizen mempersoalkan sama ada dia sudah membuka tudungnya kerana seringkali dilihat tidak memakai tudung.

Nelydia menjelaskan bahawa dia sebenarnya sebelum ini cuba untuk memperbaiki dirinya. Dan dia meminta untuk diberikan lebih ruang dan masa untuk berubah.

“Macam saya dah cakap sebelum ini, saya sedang mencuba dan tak akan berhenti mencuba untuk menjadi manusia yang lebih baik,” kata Nelydia yang nekad tidak mahu lagi mengulas perkara itu di masa akan datang.

Pelakon itu meminta peminat untuk terus mendoakan yang terbaik untuknya berkenaan dengan penampilan dirinya.

Nelydia Senrose sudah sedia untuk kembali ke kaca tv setelah kira kira setahun tidak berlakon.

Dia akan membintangi drama Seindah Hujan Cinta yang akan ditayangkan tidak lama lagi di TV3.

@harizdreamers

Akan datang ” Seindah Hujan Cinta ” ❤️ di slot akasia Tv3….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version