Bekas pemain tengah PKNS FC, Mohd Fauzan Dzulkifli memberikan nasihat ikhlas ketika melihat semakin banyak pasukan bola sepak tanah air mengalami masalah tunggakan gaji.
Isu culas dalam membayar gaji pemain bukan sahaja dihadapi pasukan dalam saingan Liga Super sahaja, malah ia pada ketika ini sudah merebak hingga ke Liga M3 dan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).
Baca Juga:
Masalah ini semakin meruncing saban tahun dan begitu banyak cerita kurang enak dapat kita dengari melibatkan isu tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan pasukan.
Seperti yang dapat disaksikan di media sosial, pasukan PIB Shah Alam terpaksa bermain dalam kempen Liga A1 dengan sembilan pemain kerana sedang mengalami masalah tunggakan gaji.
Keadaan itu membuatkan Fauzan yang berpengalaman luas dalam saingan Liga Super untuk memberikan nasihat berguna…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: