Ketika artikel ini ditulis, sukan olimpik 2024 masih lagi berlangsung di Paris dan rakyat Malaysia pastinya masih menantikan butiran pingat emas yang mungkin akan dijelmakan oleh kontinjen negara yang terlibat pada bila-bila masa sahaja.
Namun, dalam rentetan pada temasya yang berlangsung meriah dengan dua pingat gangsa berjaya diraih menerusi atlet badminton terdapat isu yang hangat sedang diperkatakan oleh ramai ketika ini.
Persoalan mengenai kuota khas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria yang dikatakan membawa keluarga ke acara berkenaan kini berlegar dan mendapat perhatian di ruang media sosial, tidak kurang yang meniti dari bibir ke bibir.
Terdahulu pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak mendapat lampu hijau untuk membawa pakar fisioterapinya, begitu juga dengan pemain perseorangan wanita negara Goh Jin Wei yang turut tidak diberi akreditasi untuk diiringi oleh jurulatihnya.
Sehubungan itu, Pagi On Point telah mendapatkan beberapa individu untuk pencerahan serta penjelasan lebih lanjut mengenai isu yang diperdebatkan sehingga ke hari ini menerusi satu temubual panggilan telefon.
Haresh Deal, Pengarang twentytwo13
Menurut seorang pemanggil yang arif tentang sukan, beliau menjelaskan bahawa memang sudah menjadi kebiasaan buat presiden mahupun setiausaha agung mana-mana organisasi termasuk MOM untuk mendapat peruntukan dimana ia diberikan kepada tetamu sama ada isteri, anak atau rakan berdasarkan sesiapa sahaja yang mahu dibawa.
Namun, orang ramai perlu tahu pass yang diberikan kepada presiden adalah berbeza dengan tiket yang diberikan kepada seseorang atlet kerana ia mempunyai kekangan tersendiri dimana pass presiden adalah bersifat jemputan dan hanya untuk ke sesuatu tempat sahaja, bukan all access.
Haresh turut mengakui bahawa setiap individu yang mahu dibawa pasti mempunyai peranan yang tersendiri, justeru perkara itu tidak boleh diambil remeh tau diperlekeh
Dalam pada itu menurutnya perkara itu bukanlah sesuatu isu yang baharu, malah ia sudah terjadi sekian lama.
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib
Sementara itu, Datuk Nazifuddin berkata, sebanyak 206 negara yang menyertai temasya itu adalah anjuran International Olympic Committee (IOC) dimana badan berkenaan memberikan peruntukan yang sama setiap kali penyertaan.
Kuota khas yang dimaksudkan termaktub dalam peraturan IOC yang menyenaraikan VIP negara terdiri daripada Ketua Negara, Ketua Kerajaan, Menteri Sukan, Presiden IOC, ata setiausaha agung yang bertugas.
Setiap VIP pun diberikan kuota tambahan untuk tetamu masing-masing, sama macam program-program undangan atau jemputan yang lain.
Namun, untuk MOM kos tetamu adalah dalam tanggungan sendiri susulan ia bukan badan kerajaan dan mereka mendapat dana daripada IOC.
Dengar perbulan dan topik-topik menarik yang lain di Pagi On Point menerusi laman web kool101.audio.