Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pertukaran itu diputuskan mengambil kira pelbagai perbincangan pertukaran KRJ di media sosial.
Katanya, pemilihan Toyota Vellfire 2.5L berikutan kos sewa bulanan model berkenaan lebih rendah iaitu RM4,851.61 berbanding Proton Perdana 2.4 Premium (RM4,854.41).
“Cadangan penggantian Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya sudah dipertimbangkan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini.
“Untuk makluman, usia KRJ bagi jemaah menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah enam tahun sedangkan penggantian KRJ bagi jemaah menteri sebenarnya dijadualkan setiap empat tahun sekali,” kata kementerian itu.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh daripada Kementerian Kewangan:
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: