Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Isu Warga Asing Didakwa Jadi Pemandu Pelancong Di Bangunan Bersejarah, Ini Respon Pihak KL City Gallery

today1 September 2026

Background


Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan antara mercu tanda kebanggaan negara yang sarat dengan nilai sejarah. Namun, baru-baru ini suasana di media sosial bertukar hangat apabila tular sebuah hantaran yang mendakwa tugas mempromosikan sejarah negara di bangunan tersebut kini diserahkan kepada warga asing.

Luahan Rasa Tidak Puas Hati Netizen

Isu Warga Asing Didakwa Jadi Pemandu Pelancong Di Bangunan Bersejarah, Ini Respon Pihak KL City Gallery
Sumber Gambar: Threads

Semuanya bermula apabila seorang pengguna di aplikasi Threads memuat naik keluhan beliau berserta beberapa keping gambar memaparkan pekerja warga asing berseragam merah.

Dalam hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa kecewa apabila melihat pekerja berkenaan, yang salah seorangnya memakai selempang, disangka sedang bertugas sebagai pemandu pelancong.

Menerusi hantaran itu, pemuda berkenaan sempat melontarkan persoalan berbunyi, “Kenapa sekarang jawatan sebagai pemandu pelancong di Bangunan Sultan Abdul Samad dibuka kepada warga asing? Dan tak ada rakyat Malaysia ke nak ditawarkan jawatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post