
NILAI – Berdepan persekitaran kos penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit yang terus meningkat, orang ramai sudah mula mencari alternatif untuk mengurangkan beban perbelanjaan kerana selalunya bajet yang perlu diperuntukkan dalam segmen tersebut mengambil masa panjang.
Bersandarkan faktor itu, banyak pemain telah menawarkan pelbagai kemudahan, perkhidmatan dan produk alternatif terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan.
Salah sebuah syarikat yang sedang mengorak langkah perkembangan dalam bidang berpotensi ini adalah Iswanah Resources Sdn. Bhd. (Iswanah Resources) yang telah beroperasi sejak 10 tahun dan kini memiliki 10 cawangan.
Antaranya terdapat di Batu Caves, Bangi, Rawang, Senawang, Shah Alam dan Kota Damansara.
Syarikat ini memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan gabungan akupuntur dan fisioterapi secara integratif dan sistematik.

Visi syarikat adalah untuk menawarkan penjagaan yang terbaik yang dapat memenuhi keperluan pelanggan tidak kira golongan muda dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: