
PETALING JAYA – Penjelasan Petronas semalam bahawa hampir 40 peratus daripada keperluan minyak mentah negara melalui Selat Hormuz boleh dilihat sebagai isyarat yang jelas supaya mula menjimatkan penggunaan bahan api.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, penjelasan itu menunjukkan terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia berjimat cermat dalam penggunaan bahan api memandangkan permintaan terhadap produk tersebut melebihi penawaran.
“Kebimbangan kita adalah stok petroleum boleh berkurangan dalam kadar yang segera, justeru terdapat kewajaran untuk melaksanakan langkah penjimatan penggunaan petroleum.
“Kerajaan perlu menerangkan kepada rakyat terutamanya majikan swasta berkenaan kepentingan dasar bekerja dari rumah dan bagaimana ia boleh membantu meningkatkan tempoh ketersediaan bekalan bahan api.

“Risiko ketidakcukupan bekalan adalah risiko yang bersifat sistematik, maksudnya ia boleh memberi kesan kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: