Kereta mewah jenama Porsche milik seorang pelakon, usahawan wanita disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Op Luxury.
Memetik Harian Metro, kereta itu disita selepas didapati melakukan kesalahan cukai jalan dan insurans tamat tempoh.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, operasi bersepadu bermula sejak awal bulan ini dilakukan hasil aduan awam dan risikan berhubung pemilikan serta penggunaan kenderaan mewah yang melanggar undang-undang jalan raya.
JPJ sita 101 kenderaan mewah

Kereta mewah milik selebriti itu merupakan salah satu daripada 101 kenderaan mewah yang disita dari di seluruh negara.
“Bertindak atas risikan, pasukan menjalankan siasatan dan mengesan kenderaan yang terbabit untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan, sebanyak 101 kenderaan terdiri daripada Ferrari, Rolls Royce, Bentley, Porsche Cayenne, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Vellfire dan Mercedes Benz disita atas pelbagai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: