
Fabio Capello mempersoalkan tiada seorang pun pegawai atasan dalam FIGC (FA Itali) yang meletakkan jawatan mereka selepas kegagalan Itali mara ke Piala Dunia buat 3 kali berturut turut dalam 12 tahun.
Gatusso sudah disahkan telah dipecat oleh FIGC sebaik sahaja Itali disingkirkan Bosnia Hezergovina dalam aksi play off menerusi penentuan sepakan penalti.
Fabio Capello menganggap: “Ini adalah satu aib dan tragedi untuk rakyat Itali.”
Fabio Capello tidak menyembunyikan kemarahannya terhadap situasi yang beliau anggap sebagai “tidak boleh diterima” bagi sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan prestij seperti Itali.
“Saya tidak dapat tidur sepanjang malam, saya masih tidak percaya apa yang telah berlaku,” akui bekas jurulatih itu, menggambarkan kesan emosi mendalam akibat penyingkiran terbaru ini.
Jurulatih veteran itu turut mengkritik dengan keras tahap kegagalan tersebut:
“Kita bercakap tentang pasukan kebangsaan yang telah memenangi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: