
KUALA LUMPUR – Peminat barangan kemas mewah khususnya yang berjenama, J Jade & Jewel oleh gemologis Malaysia Mandy Ong, boleh berkunjung ke ruang pameran eksklusif Jade Holiday Pop-Up di sebuah pusat beli-belah utama di Bukit Bintang di sini untuk melihat koleksi terbaharunya.
Pameran eksklusif yang akan berakhir pada 21 Disember ini menampilkan buat julung kalinya siri baharu Galaxy Aura, yang direka dengan inspirasi cahaya bintang dan elemen kosmos bagi menggambarkan suasana romantik serta penuh kemilau sepanjang musim perayaan.
Pengasas jenama tersebut, Mandy Ong berkata, pihaknya sentiasa berusaha memperlihatkan keunikan jade secara elegan dan kontemporari.

“Kami mahu orang ramai merasai keindahan jade yang sebenar, sambil menghargai nilai seni serta eksklusiviti yang dibawa setiap rekaan,” katanya pada majlis pelancaran koleksi pameran tersebut baru-baru ini.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, J Jade & Jewel dikenali dengan sentuhan reka bentuk moden dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: